Kursus Pengucapan Awam intensif sehari ini telah dirumus khas untuk
membimbing para peserta  mendalami kaedah pengucapan awam berkesan
dan menepati matlamat sebagai persediaan mereka menghadapi cabaran-cabaran kerjaya
masakini dan yang akan datang. Kursus ini sesuai bagi sesiapa yang memerlukan
kemahiran untuk menyampaikan taklimat, ucapan rasmi, pembentangan dan sumbangan
pendapat dalam mesyuarat.
Matlamat Kursus
Matlamat
kursus ini adalah untuk membimbing peserta-peserta untuk dapat melakukan yang
berikut:
- Mengatasi darah gemuruh dan gementar di hadapan hadirin
- Menukar ucapan dan penyampaian yang hambar lagi membosankan kepada yang menarik, bertenaga dan memberangsangkan
- Mengguna pakai unsur-unsur penyampaian bertenaga
- Memenuhi jangkaan dan kehendak hadirin
- Menyusun rangka ucapan yang jelas dan meyakinkan
- Memilih huraian dan contoh yang bersesuaian dengan hadirin
- Memujuk dan mempengaruhi hadirin untuk mengambil tindakan
Pendekatan Kursus
Kursus ini mengguna pakai kaedah-kaedah pembelajaran dewasa termasuk rancangan pembelajaran aktif demi meningkatkan kefahaman dan penerapan. Kursus ini memperuntukkan 80% masa untuk kegiatan berseorangan atau berkumpulan bagi membolehkan para peserta mempelajari, membina dan menerapkan kemahiran Pengucapan Awam. Buku kerja akan digunakan untuk memudah pemahaman. Bilangan peserta dihadkan kepada 20 orang untuk memastikan setiap peserta mendapat perhatian peribadi. Peserta-peserta juga akan menjalani penilaian diri berkaitan dengan kemahiran-kemahiran pemgucapan awam di awal dan akhir kursus untuk mengenalpasti kelemahan yang sedia ada serta peningkatan hasil daripada kursus.
Jangan Ketinggalan!
Daftarlah Untuk Menghadiri PENGUCAPAN AWAM Ini Sekarang.
Muat Turun Borang Pendaftaran Sekarang
Klik DOWNLOAD
Isi CONTACT FORM, atau HUBUNGI En Shah 01125085983
Sukatan Kursus
| Modul 1 Pengenalan kepada Ilmu Kemahiran Pengucapan Awam 
 | Modul 2 Mengatasi Darah Gemuruh & Menghindari Penongkat Ucapan 
 | 
| Modul 3 Kemahiran Menyampai Maksud 
 | Modul 4 Kemahiran Menyusun Kandungan 
 | 
| Modul 5 Langkah-langkah Selanjutnya 
 | 
Jadual Kursus
| 
Masa | 
Hari
  Pertama | 
| 
9.00 pagi | 
Pengenalan
  kepada Ilmu Kemahiran Pengucapan Awam (M1) Penilaian Diri & Perbincangan | 
| 
10.30 pagi | 
Minum Pagi | 
| 
11.45 pagi | 
Mengatasi
  Darah Gemuruh & Menghindari Penongkat Ucapan (M2) Latihan Berseorangan & Penilaian Jurulatih | 
| 
12.30 thari | 
Makan
  Tengahari | 
| 
1.30 ptg | 
Kemahiran Menyampai Maksud (M3) Latihan Berseorangan & Penilaian Jurulatih | 
| 
3.15 ptg | 
Minum
  Petang | 
| 
3.30 ptg | 
Kemahiran
  Menyusun Kandungan (M4) 
Latihan Berseorangan &
  Penilaian Jurulatih  
Langkah-langkah
  Selanjutnya (M5) 
Penilaian Diri, Rumusan &
  Penutup Majlis | 
| 
5.00 ptg | 
Tamat | 
Jangan Ketinggalan!
Daftarlah Untuk Menghadiri PENGUCAPAN
AWAM Ini Sekarang.
Muat Turun Borang Pendaftaran
Sekarang 
Klik DOWNLOAD
Isi CONTACT FORM, atau HUBUNGI En
Shah 01125085983
 

 
No comments:
Post a Comment