Sunday 12 December 2021

Faedah Pengucapan Awam Kepada Diri Anda - Belajar Berhujah


Membentangkan hujah dalam suasana formal akan membantu anda dalam suasana tidak formal juga. Pengucapan awam membantu anda membentuk hujah yang lebih baik dan anda boleh meningkatkan lagi kemahiran berhujah anda melalui pengucapan awam dengan melibatkan diri dalam Soal Jawab dengan khalayak anda.

#TripleATraining
#HRDFTrainer
#HRDFTrainingProvider
#PembekalLatihanBerdaftar
#PembekalLatihanKewangan
#PembekalLatihanKementerianKewangan
#KursusPengucapanAwamKL
#KursusPengucapanAwam

Faedah Pengucapan Awam Kepada Diri Anda - Meningkatkan Kemahiran Komunikasi


Apabila anda mengasah kemahiran pengucapan awam, anda juga sedang mengasah kemahiran verval dan non-verbal anda. Lebih banyak anda bercucap, lebih baik anda berkomunikasi.

#TripleATraining
#HRDFTrainer
#HRDFTrainingProvider
#PembekalLatihanBerdaftar
#PembekalLatihanKewangan
#PembekalLatihanKementerianKewangan
#KursusPengucapanAwamKL
#KursusPengucapanAwam

Faedah Pengucapan Awam Kepada Diri Anda - Berfikir Secara Kritis


Semasa menyediakan dan menyampaikan ucapan, anda juga meningkatkan kemahiran berfikir kritis dengan menyelesaikan masalah, membayangkan akibat positif dan negatif, dan mencari penyelesaian.

#TripleATraining
#HRDFTrainer
#HRDFTrainingProvider
#PembekalLatihanBerdaftar
#PembekalLatihanKewangan
#PembekalLatihanKementerianKewangan
#KursusPengucapanAwamKL
#KursusPengucapanAwam

Saturday 11 December 2021

Faedah Pengucapan Awam Kepada Diri Anda - Kepuasan Peribadi


Dapat berucap di hadapan orang ramai adalah satu pencapaian yang besar. Pada mulanya, ianya amat mendebarkan, tetapi anda akan merasakan kemenangan yang besar apabila anda menghabiskan ucapan anda dengan jayanya.

#TripleATraining
#HRDFTrainer
#HRDFTrainingProvider
#PembekalLatihanBerdaftar
#PembekalLatihanKewangan
#PembekalLatihanKementerianKewangan
#KursusPengucapanAwamKL
#KursusPengucapanAwam

Faedah Pengucapan Awam Kepada Diri Anda - Meningkatkan Keyakinan


Pengucapan awam salah satu cara untuk meningkatkan keyakinan anda. 

Setiap kali anda bercucap, anda akan semakin yakin apabila anda melihat idea dan diri anda diterima dengan baik oleh audien.

#TripleATraining
#HRDFTrainer
#HRDFTrainingProvider
#PembekalLatihanBerdaftar
#PembekalLatihanKewangan
#PembekalLatihanKementerianKewangan
#KursusPengucapanAwamKL
#KursusPengucapanAwam

Faedah Pengucapan Awam Dalam Kehidupan Anda - Peluang Yang Luas


Sebagai pemimpin yang hebat, anda akan diberi lebih banyak peluang dalam persekitaran sosial, kerjaya anda dan aspek kehidupan yang lain.

#TripleATraining
#HRDFTrainer
#HRDFTrainingProvider
#PembekalLatihanBerdaftar
#PembekalLatihanKewangan
#PembekalLatihanKementerianKewangan
#KursusPengucapanAwamKL
#KursusPengucapanAwam

Faedah Pengucapan Awam Dalam Kehidupan Anda - Pemimpin Yang Hebat


Kebanyakan pemimpin yang hebat dalam sejarah manusia juga merupakan pengucap awam yang hebat.

#TripleATraining
#HRDFTrainer
#HRDFTrainingProvider
#PembekalLatihanBerdaftar
#PembekalLatihanKewangan
#PembekalLatihanKementerianKewangan
#KursusPengucapanAwamKL
#KursusPengucapanAwam

Faedah Pengucapan Awam Dalam Kehidupan Anda - Tingkatkan Rangkaian Profesional Anda


Lebih banyak anda berucap seperti di acara kerja dan persidangan, anda sudah pasti akan bertemu dengan penceramah lain dalam bidang anda, serta audien yang berminat dengan idealogi anda.

#TripleATraining
#HRDFTrainer
#HRDFTrainingProvider
#PembekalLatihanBerdaftar
#PembekalLatihanKewangan
#PembekalLatihanKementerianKewangan
#KursusPengucapanAwamKL
#KursusPengucapanAwam

Faedah Pengucapan Awam Dalam Kehidupan Anda - Selesa Bersosial


Pengucapan awam membolehkan anda natural dalam situasi berkumpulan atau apabila tumpuan tertumpu kepada anda.

Ini akan menjadikan anda lebih selesa di sekeliling orang dan lebih mudah untuk beramah mesra dengan orang lain.

#TripleATraining
#HRDFTrainer
#HRDFTrainingProvider
#PembekalLatihanBerdaftar
#PembekalLatihanKewangan
#PembekalLatihanKementerianKewangan
#KursusPengucapanAwamKL
#KursusPengucapanAwam

Faedah Pengucapan Awam Dalam Kehidupan Anda - Mempunyai Penyokong


Apabila anda mahir dalam pengucapan awam, anda lebih mudah mempengaruhi orang lain dengan idealogi & kepercayaan anda. Tanpa anda sedari, anda akan mempunyai penyokong yang akan bersama-sama mendokong idealogi dan kepercayaan anda.

#TripleATraining
#HRDFTrainer
#HRDFTrainingProvider
#PembekalLatihanBerdaftar
#PembekalLatihanKewangan
#PembekalLatihanKementerianKewangan
#KursusPengucapanAwamKL
#KursusPengucapanAwam

Thursday 9 December 2021

Faedah Pengucapan Awam Dalam Kehidupan Anda - Menyatukan Pekerja


Dalam syarikat atau dalam pasukan anda, pengucapan awam ialah cara untuk menyatukan pekerja.

Apabila pekerja berasa yakin untuk berucap, mereka akan melontarkan buah fikiran mereka dan ini seterusnya membuatkan mereka bekerjasama dengan lebih baik.

#TripleATraining
#HRDFTrainer
#HRDFTrainingProvider
#PembekalLatihanBerdaftar
#PembekalLatihanKewangan
#PembekalLatihanKementerianKewangan
#KursusPengucapanAwamKL
#KursusPengucapanAwam

Faedah Pengucapan Awam Dalam Kehidupan Anda - Menyerlah Di Tempat Kerja


Kebanyakan akan mengelak daripada bersuara dan diperhatikan di tempat kerja, tetapi dengan kemahiran pengucapan awam anda mempunyai keyakinan untuk berbuat demikian!

#TripleATraining
#HRDFTrainer
#HRDFTrainingProvider
#PembekalLatihanBerdaftar
#PembekalLatihanKewangan
#PembekalLatihanKementerianKewangan
#KursusPengucapanAwamKL
#KursusPengucapanAwam

Faedah Pengucapan Awam Dalam Kehidupan Anda - Kemajuan Kerjaya


Apabila anda seorang yang mahir dalam pengucapan awam, anda akan lebih selesa dalam temu duga, lebih mampu mempengaruhi orang lain untuk memihak kepada anda, dan mampu meyakinkan majikan anda untuk memberi anda kenaikan pangkat.

#TripleATraining
#HRDFTrainer
#HRDFTrainingProvider
#PembekalLatihanBerdaftar
#PembekalLatihanKewangan
#PembekalLatihanKementerianKewangan
#KursusPengucapanAwamKL
#KursusPengucapanAwam

Faedah Pengucapan Awam Dalam Kehidupan Anda - Jualan


Jika anda sedang bekerja dalam bidang jualan, faedah pengucapan awam adalah banyak. Anda boleh mencapai matlamat jualan yang lebih tinggi, mendapatkan lebih ramai pelanggan dan membuat lebih banyak jualan dengan kemahiran pengucapan awam.

#TripleATraining
#HRDFTrainer
#HRDFTrainingProvider
#PembekalLatihanBerdaftar
#PembekalLatihanKewangan
#PembekalLatihanKementerianKewangan
#KursusPengucapanAwamKL
#KursusPengucapanAwam

Kepentingan Pengucapan Awam - Memaklumkan Orang


Apabila anda mempunyai maklumat untuk dikongsi, anda tidak mahu ia digambarkan dengan cara yang membosankan. Anda mahu orang ramai mendengar! Ini dilakukan dengan kemahiran pengucapan awam.

#TripleATraining
#HRDFTrainer
#HRDFTrainingProvider
#PembekalLatihanBerdaftar
#PembekalLatihanKewangan
#PembekalLatihanKementerianKewangan
#KursusPengucapanAwamKL
#KursusPengucapanAwam

Kepentingan Pengucapan Awam - Memberi Motivasi Kepada Orang Lain


Pengucapan awam adalah penting kerana penceramah boleh memotivasikan pendengar untuk pergi ke arah yang mereka inginkan, dan penceramah boleh memotivasikan orang lain untuk menjadi diri mereka yang terbaik.

#TripleATraining
#HRDFTrainer
#HRDFTrainingProvider
#PembekalLatihanBerdaftar
#PembekalLatihanKewangan
#PembekalLatihanKementerianKewangan
#KursusPengucapanAwamKL
#KursusPengucapanAwam

Kepentingan Pengucapan Awam - Menangi Audien Anda


Tidak kira anda berada di mana - sama ada di perhimpunan sosial, mesyuarat perniagaan atau  di persidangan - dapat bercucap secara bersahaja adalah aset yang sangat penting.

Dengan kemahiran dan pengalaman pengucapan awam, anda dapat menarik minat audien dan memastikan mereka berminat untuk mendengar mesej anda.

#TripleATraining
#HRDFTrainer
#HRDFTrainingProvider
#PembekalLatihanBerdaftar
#PembekalLatihanKewangan
#PembekalLatihanKementerianKewangan
#KursusPengucapanAwamKL
#KursusPengucapanAwam

Kategori Pengucapan Awam - Pertuturan Untuk Menghiburkan


Pengucapan awam untuk hiburan digunakan untuk majlis anugerah, ucapan perkahwinan, sketsa komedi, bacaan puisi dan banyak lagi. Tujuan pengucapan awam jenis ini adalah untuk menghiburkan audien, bukannya sekadar memaklumkan.

#TripleATraining
#HRDFTrainer
#HRDFTrainingProvider
#PembekalLatihanBerdaftar
#PembekalLatihanKewangan
#PembekalLatihanKementerianKewangan
#KursusPengucapanAwamKL
#KursusPengucapanAwam

Kategori Pengucapan Awam - Pertuturan Persuasif


Pengucapan awam selalunya bertujuan untuk memujuk orang lain. Ianya boleh berbentuk formal seperti perbahasan atau ucapan rasmi, dan juga informal seperti memujuk rakan anda untuk pergi ke restoran kegemaran anda.

#TripleATraining
#HRDFTrainer
#HRDFTrainingProvider
#PembekalLatihanBerdaftar
#PembekalLatihanKewangan
#PembekalLatihanKementerianKewangan
#KursusPengucapanAwamKL
#KursusPengucapanAwam

Kategori Pengucapan Awam - Pertuturan Bermaklumat


Jenis pertuturan ini adalah yang paling biasa dan berlaku kepada kita setiap hari. Ia melibatkan bercakap untuk memberitahu orang lain, atau mendapatkan maklumat.

#TripleATraining
#HRDFTrainer
#HRDFTrainingProvider
#PembekalLatihanBerdaftar
#PembekalLatihanKewangan
#PembekalLatihanKementerianKewangan
#KursusPengucapanAwamKL
#KursusPengucapanAwam

Saturday 17 April 2021

Tips Pengucapan Awam Berkesan - Hargai Kejayaan Anda


Pengkritik terkuat anda adalah diri anda sendiri. Apabila anda selesai menyampaikan ucapan atau pembentangan, banggalah dengan diri anda. Anda mengatasi ketakutan anda dan anda berjaya melakukannya.

#TripleATraining
#HRDFTrainer
#HRDFTrainingProvider
#PembekalLatihanBerdaftar
#PembekalLatihanKewangan
#PembekalLatihanKementerianKewangan
#KursusPengucapanAwamKL
#KursusPengucapanAwam

Tips Pengucapan Awam Berkesan - Bertafakur


Bertafakur dapat membersihkan otak anda dari pemikiran negatif. Dalam sebuah artikel di Forbes, Dan Harris, co-anchor Nightline dan Good Morning America menyatakan bahawa beliau bertafakur selama 5 minit sehari membantunya untuk menghilangkan pemikiran negatif dari fikirannya dan seterusnya mengurangkan kegelisannya untuk berucap di khalayak ramai.

#TripleATraining
#HRDFTrainer
#HRDFTrainingProvider
#PembekalLatihanBerdaftar
#PembekalLatihanKewangan
#PembekalLatihanKementerianKewangan
#KursusPengucapanAwamKL
#KursusPengucapanAwam

Tips Pengucapan Awam Berkesan - Korbankan Masa Dan Wang Anda Untuk Berucap Dengan Lebih Baik


Apa sahaja matlamat yang anda ingin capai memerlukan komitment yang tinggi. Justeru, bersedia untuk korbankan masa dan wang anda jika anda ingin berucap dengan lebih baik.

Kebanyakan orang yang berjaya di dalam kerjaya mereka ialah orang yang pandai berucap di khalayak ramai. Justeru, di dalam jangka masa panjang, pengorbanan masa dan wang anda tidak akan menjadi sia-sia.

#TripleATraining
#HRDFTrainer
#HRDFTrainingProvider
#PembekalLatihanBerdaftar
#PembekalLatihanKewangan
#PembekalLatihanKementerianKewangan
#KursusPengucapanAwamKL
#KursusPengucapanAwam

Tips Pengucapan Awam Berkesan - Menggunakan Perasaan Gemuruh Untuk Kelebihan Anda


Belajar menyalurkan tenaga gemuruh anda menjadi tenaga positif. Gemuruh merupakan satu bentuk adrenalin. Anda boleh menggunakannya dengan cara yang positif untuk membantu anda memberikan ucapan.

Sebagai contoh, apabila anda berasa gemuruh, berlatihlah memberi ucapan anda berulang-ulang kali sehingga rasa gemuruh itu hilang dengan sendirinya.

#TripleATraining
#HRDFTrainer
#HRDFTrainingProvider
#PembekalLatihanBerdaftar
#PembekalLatihanKewangan
#PembekalLatihanKementerianKewangan
#KursusPengucapanAwamKL
#KursusPengucapanAwam

Tips Pengucapan Awam Berkesan - Berlatih Memperlahankan Ucapan


Bercakap dengan pantas semasa berucap mengganggu corak pernafasan anda. Sekiranya anda bercakap terlalu pantas, anda akan kurang bernafas. Rasa sesak nafas akan membuat anda lebih mudah untuk takut dan panik.
 
Jika anda seorang yang bercakap dengan pantas, berlatihlah memperlahankan sedikit percakapan anda, dan anda akan lebih tenang dan santai. Audien juga akan lebih mudah untuk memahami isi ucapan anda.

#TripleATraining
#HRDFTrainer
#HRDFTrainingProvider
#PembekalLatihanBerdaftar
#PembekalLatihanKewangan
#PembekalLatihanKementerianKewangan
#KursusPengucapanAwamKL
#KursusPengucapanAwam

Tips Pengucapan Awam Berkesan - Jangan Terlalu Memikirkan Reaksi Audien


Ingatlah bahawa di dalam kalangan audien anda, akan selalu ada dari mereka yang bosan atau letih. Reaksi tersebut selalunya tidak ada kaitan dengan anda secara peribadi sebagai seorang penceramah/pembentang.

#TripleATraining
#HRDFTrainer
#HRDFTrainingProvider
#PembekalLatihanBerdaftar
#PembekalLatihanKewangan
#PembekalLatihanKementerianKewangan
#KursusPengucapanAwamKL
#KursusPengucapanAwam

Tips Pengucapan Awam Berkesan - Menenangkan Diri Anda


Apabila anda melepaskan stress anda dan bertenang, ia akan meringankan badan anda dan menjadikan anda kurang tegang apabila hendak menyampaikan ucapan anda kelak.

#TripleATraining
#HRDFTrainer
#HRDFTrainingProvider
#PembekalLatihanBerdaftar
#PembekalLatihanKewangan
#PembekalLatihanKementerianKewangan
#KursusPengucapanAwamKL
#KursusPengucapanAwam

Friday 16 April 2021

Tips Pengucapan Awam Berkesan - Menghidupkan Ucapan Anda Dengan Emosi Yang Sesuai


McFarland, yang diberi gelaran “Dean of American Public Speakers” di dalam bukunya menyatakan bahawa, untuk menjadi penceramah/pembentang yang baik, anda hendaklah pandai melontarkan emosi yang bersesuaian dengan ucapan anda.

Ini bermaksud, jika anda menyampaikan tentang topik pembunuhan misalnya, cara anda menyampaikan ucapan tersebut hendaklah diiringi dengan emosi yang sedih atau kesal.

#TripleATraining
#HRDFTrainer
#HRDFTrainingProvider
#PembekalLatihanBerdaftar
#PembekalLatihanKewangan
#PembekalLatihanKementerianKewangan
#KursusPengucapanAwamKL
#KursusPengucapanAwam

Tips Pengucapan Awam Berkesan - Fokus Kepada Ucapan/Pembentangan Anda


Fokus untuk menyampaikan ucapan/pembentangan anda dengan sebaik mungkin. Jangan bimbang dengan reaksi audien anda.

#TripleATraining
#HRDFTrainer
#HRDFTrainingProvider
#PembekalLatihanBerdaftar
#PembekalLatihanKewangan
#PembekalLatihanKementerianKewangan
#KursusPengucapanAwamKL
#KursusPengucapanAwam

Tips Pengucapan Awam Berkesan - Pilih Topik Yang Anda Minat


Jika anda dapat memilih topic ucapan anda, plilhlah berkanaan topik yang anda minat. Antara tips untuk memilih topik ialah: 

  • Topik yang memberi kesan yang mendalam kepada anda
  • Anda mahu berkongsi topik tersebut dengan orang lain
  • Anda merasakan orang lain dapat memanfaatkan pengetahuan anda tentang topik tersebut
  • Anda boleh bercakap mengenainya tanpa menggunakan skrip

Apabila anda bercakap tentang sesuatu yang anda minati, akan merasa lebih selesa dan merasa lebih yakin untuk berucap.

#TripleATraining
#HRDFTrainer
#HRDFTrainingProvider
#PembekalLatihanBerdaftar
#PembekalLatihanKewangan
#PembekalLatihanKementerianKewangan
#KursusPengucapanAwamKL
#KursusPengucapanAwam

Sunday 11 April 2021

Tips Pengucapan Awam Berkesan - Jangan Takut Untuk Berucap


Warren Buffet bukan sahaja terkenal dengan kekayaan nya, namun juga kepetahan beliau untuk berucap di khalayak ramai. Namun, tahukah anda bahawa pada usia remajanya, beliau tidak pandai berucap di khalayak ramai kerana terlalu takut untuk melakukan nya?

Buffett mengatasi ketakutan tersebut dengan mengajar prinsip pelaburan kepada pelajar yang dua kali ganda usianya. Dia memaksa dirinya untuk bercakap dengan orang & mempraktikkan kemahiran ini berulang-ulang kali.

#TripleATraining
#HRDFTrainer
#HRDFTrainingProvider
#PembekalLatihanBerdaftar
#PembekalLatihanKewangan
#PembekalLatihanKementerianKewangan
#KursusPengucapanAwamKL
#KursusPengucapanAwam

Tips Pengucapan Awam Berkesan - Elakkan Minuman Bergula & Berkabonat


Seelok-eloknya cuba elakkan minuman bergula dan berkabonat sebelum memberi ucapan. Ini boleh mengeringkan mulut dan menjadikannya sukar untuk bercakap.

#TripleATraining
#HRDFTrainer
#HRDFTrainingProvider
#PembekalLatihanBerdaftar
#PembekalLatihanKewangan
#PembekalLatihanKementerianKewangan
#KursusPengucapanAwamKL
#KursusPengucapanAwam

Saturday 10 April 2021

Tips Pengucapan Awam Berkesan - Gunakan PowerPoint Dengan Baik


PowerPoint ialah alat bantuan pembentangan/ ucapan yang baik. Ini dapat membantu anda jika anda lupa isi ucapan anda & membuat audien anda berasa seronok dengan reka bentuk slide yang menarik. Namun, jangan meletakkan perenggan dan ayat yang banyak dalam satu slaid.

Gunakan PowerPoint sebagai alat bantuan pembentang, bukan nya menjadikan PowerPoint itu pembentang bagi pihak anda.

#TripleATraining
#HRDFTrainer
#HRDFTrainingProvider
#PembekalLatihanBerdaftar
#PembekalLatihanKewangan
#PembekalLatihanKementerianKewangan
#KursusPengucapanAwamKL
#KursusPengucapanAwam

Tips Pengucapan Awam Berkesan - Menbuat Senaman Ringan


Membuat senaman ringan sebelum anda memberikan ucapan dapat membuat darah anda beredar dan menghantar oksigen ke otak anda. Senaman ringan yang anda boleh lakukan ialah seperti berjalan setempat atau membuat rengangan badan.

#TripleATraining
#HRDFTrainer
#HRDFTrainingProvider
#PembekalLatihanBerdaftar
#PembekalLatihanKewangan
#PembekalLatihanKementerianKewangan
#KursusPengucapanAwamKL
#KursusPengucapanAwam

Tips Pengucapan Awam Berkesan - Menyertai Kursus Pengucapan Awam


Cari jurulatih atau mentor yang hebat. Terdapat banyak pertubuhan yang boleh anda sertai untuk mempelajari seni pengucapan awam.

Pertubuhan seperti Toastmasters telah membantu ahlinya mengatasi ketakutan untuk berucap di khalayak ramai dengan melatih mereka untuk berucap berulang kali sehingga mereka berjaya mengatasi ketakutan tersebut.

P.S: Encik Azmi Shahrin bukan sahaja merupakan ahli Toastmasters, malah pernah menjadi President pertubuhan tersebut pada tahun 2004-2005.

#TripleATraining
#HRDFTrainer
#HRDFTrainingProvider
#PembekalLatihanBerdaftar
#PembekalLatihanKewangan
#PembekalLatihanKementerianKewangan
#KursusPengucapanAwamKL
#KursusPengucapanAwam

Tips Pengucapan Awam Berkesan - Latih Ucapan Anda Dengan Orang Yang Anda Kenali Terlebih Dahulu


Anda boleh berlatih untuk berucap di hadapan suami/ isteri, rakan atau ibu bapa anda sebelum anda berucap di hadapan audien. Pastikan anda memberitahu orang itu untuk jujur dengan anda dalam kritikan mereka.

Berucap secara langsung dengan orang yang anda kenali akan membantu menenangkan anda dan memberi anda pengalaman mendapatkan maklum balas daripada seseorang. Sekiranya mereka mempunyai pertanyaan mengenai ucapan anda, kemungkinan audien akan mempunyai soalan yang sama.

#TripleATraining
#HRDFTrainer
#HRDFTrainingProvider
#PembekalLatihanBerdaftar
#PembekalLatihanKewangan
#PembekalLatihanKementerianKewangan
#KursusPengucapanAwamKL
#KursusPengucapanAwam

Tips Pengucapan Awam Berkesan - Berlatih & Teruslah Berlatih


Elbert Hubbard, seorang penulis, penerbit dan artis di zaman revolusi industri Amerika Syarikat, menyatakan bahawa "Satu-satunya cara untuk belajar berucap di khalayak ramai adalah dengan bercakap dan bercakap, dan bercakap dan bercakap, dan bercakap dan bercakap dan bercakap."

#TripleATraining
#HRDFTrainer
#HRDFTrainingProvider
#PembekalLatihanBerdaftar
#PembekalLatihanKewangan
#PembekalLatihanKementerianKewangan
#KursusPengucapanAwamKL
#KursusPengucapanAwam

Tips Pengucapan Awam Berkesan - Kawal Pernafasan Anda


Apabila anda mampu mengawal pernafasan dalam ucapan, suara anda akan lebih bergema dan ucapan anda lebih "natural". Bernafaslah dengan tenang dan fokus untuk memasuki zon irama anda.

#TripleATraining
#HRDFTrainer
#HRDFTrainingProvider
#PembekalLatihanBerdaftar
#PembekalLatihanKewangan
#PembekalLatihanKementerianKewangan
#KursusPengucapanAwamKL
#KursusPengucapanAwam

Tips Pengucapan Awam Berkesan - Rakam Diri Anda


Rakam ucapan anda di telefon atau kamera. Rakam diri anda memberikan ucapan dari awal hingga akhir. Kemudian dengar atau tonton semula, supaya anda dapat membuat penambahbaikan bagaimana untuk menjadikan ucapan anda lebih baik.

#TripleATraining
#HRDFTrainer
#HRDFTrainingProvider
#PembekalLatihanBerdaftar
#PembekalLatihanKewangan
#PembekalLatihanKementerianKewangan
#KursusPengucapanAwamKL
#KursusPengucapanAwam

Tips Pengucapan Awam Berkesan - Berlatih Di Depan Cermin


Berlatihlah ucapan anda di depan cermin seolah-olah anda bercakap secara langsung dengan seseorang. Beri perhatian kepada ekspresi wajah anda, gerak isyarat anda dan pergerakan badan anda.
 
#TripleATraining
#HRDFTrainer
#HRDFTrainingProvider
#PembekalLatihanBerdaftar
#PembekalLatihanKewangan
#PembekalLatihanKementerianKewangan
#KursusPengucapanAwamKL
#KursusPengucapanAwam

Thursday 8 April 2021

Tips Pengucapan Awam Berkesan - Fokus Pada Irama Atau Aliran


Semasa anda berucap, cuba untuk menggunakan irama atau aliran. Pastikan ayat anda pendek dan tepat dan ulangi perkara penting. Hentian pendek di antara isi kandungan anda akan membuat audien peka kerana mereka akan membuat jangkaan untuk apa yang akan anda sampaikan seterusnya.

#TripleATraining
#HRDFTrainer
#HRDFTrainingProvider
#PembekalLatihanBerdaftar
#PembekalLatihanKewangan
#PembekalLatihanKementerianKewangan
#KursusPengucapanAwamKL
#KursusPengucapanAwam

Tips Pengucapan Awam Berkesan - Hapuskan Rasa Takut Terhadap Penolakan


"Bagaimana jika audien membenci ucapan saya? Bagaimana jika mereka mengejek dan menyuruh saya turun dari pentas?" Cuba hapuskan semua ketakutan anda terhadap penolakan. Audien hadir untuk mendengarkan anda kerana mereka berminat untuk mendengar ucapan anda.

#TripleATraining
#HRDFTrainer
#HRDFTrainingProvider
#PembekalLatihanBerdaftar
#PembekalLatihanKewangan
#PembekalLatihanKementerianKewangan
#KursusPengucapanAwamKL
#KursusPengucapanAwam

Tips Pengucapan Awam Berkesan - Berlatih Berulang Kali


Tidak ada yang dapat menyediakan anda utuk memberi ucapan anda selain dari latihan dan persediaan. Tulis skrip untuk isi kandungan yang penting, tetapi jangan baca dari skrip kata demi kata. Persiapkan ucapan anda dengan baik sehingga anda dapat menjawab segala kemungkinan pertanyaan yang dilontarkan kepada anda.

#TripleATraining
#HRDFTrainer
#HRDFTrainingProvider
#PembekalLatihanBerdaftar
#PembekalLatihanKewangan
#PembekalLatihanKementerianKewangan
#KursusPengucapanAwamKL
#KursusPengucapanAwam

Tips Pengucapan Awam Berkesan - Siap Siaga


Apabila anda telah merancang dan menyusun semua bahan anda, ucapan anda akan menjadi lebih santai dan tenang. Pemikiran yang jelas dan teratur dapat mengurangkan kegelisahan bercakap anda kerana anda dapat lebih fokus pada satu perkara yang ada, justeru memberikan ucapan yang hebat.

#TripleATraining
#HRDFTrainer
#HRDFTrainingProvider
#PembekalLatihanBerdaftar
#PembekalLatihanKewangan
#PembekalLatihanKementerianKewangan
#KursusPengucapanAwamKL
#KursusPengucapanAwam

Memberikan Senyuman Kepada Audien


Jika anda telah ketandusan idea untuk menarik perhatian audien anda, cara terakhir adalah untuk anda memberikan senyuman kepada mereka.

Audien akan menganggap anda sebagai seorang pembentang yang ramah dan akan lebih mudah menerima apa yang anda ingin sampaikan.

#TripleATraining
#HRDFTrainer
#HRDFTrainingProvider
#PembekalLatihanBerdaftar
#PembekalLatihanKewangan
#PembekalLatihanKementerianKewangan
#KursusPengucapanAwamKL
#KursusPengucapanAwam

Membuat Jenaka


Ketawa adalah cara yang baik untuk menenangkan audien anda, dan menceritakan jenaka boleh menjadi "ice breaker" yang hebat pada permulaan ucapan.

#TripleATraining
#HRDFTrainer
#HRDFTrainingProvider
#PembekalLatihanBerdaftar
#PembekalLatihanKewangan
#PembekalLatihanKementerianKewangan
#KursusPengucapanAwamKL
#KursusPengucapanAwam

Penggunaan Nada, Kelantangan Dan Kelajuan Ucapan


Pembentang yang berpengalaman menggunakan nada, kelantangan dan kelajuan yang berbeza-beza semasa memberi ucapan mereka.

#TripleATraining
#HRDFTrainer
#HRDFTrainingProvider
#PembekalLatihanBerdaftar
#PembekalLatihanKewangan
#PembekalLatihanKementerianKewangan
#KursusPengucapanAwamKL
#KursusPengucapanAwam

Latih Untuk Berhenti Seketika Bila Ingin Menapis Ayat Anda


Kata-kata seperti "Ok" dan "Um" tidak menambah apa-apa pada ucapan anda. Berlatihlah untuk berhenti seketika apabila anda merasa ingin menggunakan salah satu daripada kata-kata ini.

#TripleATraining
#HRDFTrainer
#HRDFTrainingProvider
#PembekalLatihanBerdaftar
#PembekalLatihanKewangan
#PembekalLatihanKementerianKewangan
#KursusPengucapanAwamKL
#KursusPengucapanAwam

Sunday 10 January 2021

Tips Pengucapan Awam - Mereka Gaya Tersendiri


Selain meniru gaya penceramah yang baik, berusahalah untuk mengembangkan gaya peribadi anda sendiri sebagai speaker. Gabungkan keperibadian anda sendiri ke dalam gaya percakapan anda dan anda akan berasa lebih selesa di hadapan audien.

#TripleATraining
#HRDFTrainer
#HRDFTrainingProvider
#PembekalLatihanBerdaftar
#PembekalLatihanKewangan
#PembekalLatihanKementerianKewangan
#KursusPengucapanAwamKL
#KursusPengucapanAwam

Tips Menghilangkan Keresahan Sebelum Ucapan - Mencari Rakan Atau Wajah Yang Ramah


Sekiranya anda merasa cemas, carilah salah seorang rakan anda atau seseorang yang kelihatannya ramah dan bayangkan bahawa anda hanya bercakap dengan orang itu sahaja.

#TripleATraining
#HRDFTrainer
#HRDFTrainingProvider
#PembekalLatihanBerdaftar
#PembekalLatihanKewangan
#PembekalLatihanKementerianKewangan
#KursusPengucapanAwamKL
#KursusPengucapanAwam