Monday, 14 October 2019
Pengucapan Awam
Pengucapan Awan ialah teknik menyampaikan idea kepada para hadirin dengan menggunakan gerakan tangan, lontaran suara, cara berdiri, mimik muka dan tatapan mata. Namun, tidak semua menggunakan taknik-teknik di atas dengan sempurna dan berkesan. Disebabkan itu, lontaran idea anda tidak dapat disampaikan secara efektif kepada para hadirin anda. Namun, dengan latihan yang mencukupi, anda boleh menjadi mahir di dalam pengucapan awam.
Jangan Ketinggalan!
Daftarlah Untuk Menghadiri KURSUS PENGUCAPAN AWAM Ini Sekarang.
Muat Turun Borang Pendaftaran Sekarang
Klik DOWNLOAD
Isi CONTACT FORM, atau HUBUNGI En Shah 01125085983
Kajian Kes 1: Akibat Mengabaikan Kemahiran Pengucapan Awam
Amir adalah seorang pelajar yang cemerlang di sekolah beliau. Dia sedang bersiap siaga untuk menghadapi peperiksaan SPM dan beliau bercita-cita untuk mengambil jurusan Sains Kesihatan untuk menjadi doktor apabila tamat sekolah nanti. Oleh itu, dia belajar dengan bersungguh-sungguh untuk mendapatkan markah cermerlang di dalam SPM.
Usaha Amir tidaklah sia-sia, Dia mendapat markah cemerlang di dalam SPM dan juga merupakan pelajar terbaik di sekolahnya. Pihak sekolah telah menjemput Amir untuk memberi sepatah dua kata di majlis anugerah pelajar cemerlang nanti. Amir amat teruja.
Namun, Amir merasakan bahawa dia tidak perlu untuk bersiap sedia untuk ucapannya kerana dia merasakan dia cukup bijak untuk menyampaikan ucapan dia tanpa apa=apa persediaan.
Pada hari kejadian, Amir mendapat kejutan besar kerana Menteri Pelajaran hadir di anugerah pelajar cemerlang tersebut. Sebagai wakil pelajar cemerlang, Amir tentunya ingin menawan hati Menteri Pelajaran dengan ucapan nya.
Namun, disebabkan tiada persediaan yang dilakukan. Amir hanya menyampaikan ucapan terima kasih sahaja kerana terlalu gementar. Setelah kejadian itu, Amir mula sedar bahawa pengucapan awam bukanlah senang seperti yang dijangkakan. Beliau mula meningkatkan kemahiran nya dalam bidang tersebut.
Kajian Kes 2: Akibat Tidak Mahir Dalam Teknik Pengucapan Awam
Johan, atau lebih dikenali sebagai Joe ialah pelajar tahun akhir Diploma Pengurusan Perniagaan. Dia telah menanam azam untuk menyambung ijazah di dalam bidang yang sama. Seperti yang kita sedia maklum, untuk menyambung ijazah, pelajar hendaklah mendapat sekurang-kurangnya band 3 di dalam MUET.
Joe amat yakin dia boleh mendapat sekurang-kurangnya band 5 untuk MUET. Ini kerana pengetahuan dia di dalam Bahasa Inggeris amat mendalam. Joe mula menyiapkan diri seminggu sebelum menghadapi MUET.
MUET mempunyai 4 penilaian iaitu penulisan, pendengaran, pembacaan dan pengucapan. Apabila Joe medapatkan markah beliau, alangkah terkejutnya dia apabila dia hanya mendapat band 3. Joe mula melihat penilaian markah dia dengan teliti.
Seperti jangkaan nya, dia mendapat markah yang baik untuk 3 penilaian iaitu, penulisan, pendengaran dan penbacaan. Namun, masalah dia berada di bahagian pengucapan dengan markah 30/90.
Berasa tidak puas hati, Joe menelefon pegawai yang menilai pengucapan nya dan menanyakan mengapakah dia mendapat markah yang terlalu rendah. Pegawai menyatakan bahawa penyampaian idea nya tidak teratur dan berterabur. Ianya ditambah pula dengan tiada penggunaan lontaran suara dan gerakan tangan. Joe hanya kaku apabila bercakap.
Mendengar penjelasan itu, Joe terdiam. Joe mula sedar kesilapan nya dan mula mendalami ilmu pengucapan awam dengan bersungguh-sungguh.
Kajian Kes 3: Kesan Penggunaan Teknik Pengucapan Awam Yang Betul
Azam berumur 26 tahun dan baru sahaja menamatkan pembelajaran ijazahnya dua tahun yang lalu. Namun, dia telah memegang jawatan pengurus penjualan di dalam organisasi beliau.
Ramai bertanya apakah rahsianya Azam dapat meyakinkan pihak pengurusan tertinggi untuk melanitk nya memegang jawatan pengurus penjualan. Jawapan nya adalah teknik pengucapan awam yang baik.
Semasa memegang jawatan sebagai eksekutif jualan, Azam berupaya memukau dan meyakinkan pelanggan untuk membeli produk mereka dengan teknik-teknik pengucapan awam seperti lontaran suara yang tepat dan gerakan tangan yang menunjukkan keyakinan.
Ini membuatkan pelanggan amat yakin untuk berurusan dengan Azam daripada eksekutif jualan yang lain. Melihat perkara ini, pengurusan tertinggi melihat Azam sebagai aset yang tidak boleh dilepaskan dan membuat keputusan untuk menaikkan pangkat Azam sebagai pengurus penjualan.
Jangan Ketinggalan!
Daftarlah Untuk Menghadiri KURSUS PENGUCAPAN AWAM Ini Sekarang.
Muat Turun Borang Pendaftaran Sekarang
Klik DOWNLOAD
Isi CONTACT FORM, atau HUBUNGI En Shah 01125085983
Kajian Kes 3: Kesan Penggunaan Teknik Pengucapan Awam Yang Betul
Azam berumur 26 tahun dan baru sahaja menamatkan pembelajaran ijazahnya dua tahun yang lalu. Namun, dia telah memegang jawatan pengurus penjualan di dalam organisasi beliau.
Ramai bertanya apakah rahsianya Azam dapat meyakinkan pihak pengurusan tertinggi untuk melanitk nya memegang jawatan pengurus penjualan. Jawapan nya adalah teknik pengucapan awam yang baik.
Semasa memegang jawatan sebagai eksekutif jualan, Azam berupaya memukau dan meyakinkan pelanggan untuk membeli produk mereka dengan teknik-teknik pengucapan awam seperti lontaran suara yang tepat dan gerakan tangan yang menunjukkan keyakinan.
Ini membuatkan pelanggan amat yakin untuk berurusan dengan Azam daripada eksekutif jualan yang lain. Melihat perkara ini, pengurusan tertinggi melihat Azam sebagai aset yang tidak boleh dilepaskan dan membuat keputusan untuk menaikkan pangkat Azam sebagai pengurus penjualan.
Subscribe to:
Posts (Atom)